CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 April 2011

BIODATA saya =)



THAT
NAMA : NUR AFIQAH BINTI SHAFIE :)
NAMA PANGGILAN : FYQA , PYKA , IKA , AFIQAH :)
HOBI : BACA NOVEL  , LAYARI INTERNET :)
CITA2 : JURURAWAT , PENULIS :)
MAKANAN KEGEMARAN : MASAKAN MAK NGN ABAH :)
MINUMAN KEGEMARAN : MILO AIS , dan SEMUA YANG ADA JUS :)
WARNA : PINK , PURPLE , HITAM , PUTIH :)
TARIKH LAHIR : 07 APRIL1994 :)
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR IPOH , PERAK :)
WATAK MANUSIA YANG PALING DIBENCI : HIPOKRIT , SUKA CAKAP BELAKANG2  :)
NAMA KAWAN2 : JIEHA , MIMI , MAIYA , EKIN , BELLA , ATYN , ZANA , THAH , IRA ( dan sapa yang kenal aku ) :)
SUKA HAIWAN : RABBIT (sbb bulu dy gebu , comel ) :)

THAT'S ALL !

P/S : tajuk entry yang tak boleh blah ! HAHA :D . tak suka ? boleh berambus jaoh2 . :pp )

5 PROGRESIF 2011 :)


hye guys , ni gambar budak2 clas aku . 5 PROGRESIF 2011 . kami memang gile camera . hihihi :D . pic ni time kitorang ambil gambar clas . fuuhhh ! siap pakai jubah lagi . mcm nak ambil anugerah pelajar SPM cemerlang gitu . HAHA :) . kami memang hyper . tapi yang paling hyper dan gler dalam clas aku , kecik dan mai yang paling depan sekali . diorang memang gler . oppppsss ! hihihi . jgn mara weh . :) HAHA :D . yang boleh dikatakn diam dalam clas aku dengan bella . HAHA . ye kew ? hihi . diam2 suda . memang best time ni . mane taknye , first time pakai baju jubah merah . bajet pelajar terbaek laa . HAHA :D . memang gempak . dapat ambik gambar kelas dengan pengetua pulak tuu . mane tak gempak . bajet pelajar terbaek gitu . hihi :) . mne la tau kot2 , 5PROGRESIF dapat pelajar cemerlang SPM 2011 . hihi . lebih2 pulak aku ni . tak pe . kadang2 lebih2 tuu bagos . hohoho . erm . . . . . . . , tak tau nak ckp ape lagy . tu jela story yang ada dalam kepala otak aku . hikhik :) oke guys , bye ! assalam :)

CINTA TINGGI

      Kita sebagai REMAJA harus sedar bahawa jika cinta diberikan pada manusia, ada kemungkinan cinta itu akan dirobek-robekkannye. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya atau disembuhkan-Nya. Betapa banyak cinta yang tidak dibalas atau dikhianati. Gila bayang, angau dan patah hati... Padahal jika hati itu diserahkan kepada Allah, pasti diterima.

      Supaya tidak kecewa, kata pepatah, "Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada yang kasih." Supaya cinta berbalas, cintailah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai(dia tak cinta). Bertepuk tangan sebelah, tak akan berbunyi. Kalau hukum ini kita ikuti... tentulah kita akan mencintai Allah. Sebab Allah memang telah terbukti mencintai kita, walaupun kita sering melupakan-Nya.

      Mengapa kita abaikan cinta Tuhan? Sedangkan mencintai-Nya pasti tidak dikecewakan. Hadis Qudsi daripada Rasulullah s.a.w.:

"Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datnag kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah."

      Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w. dan barulah pada makhluk-makhluk lain. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Di dunia hati akan tenang selaras dengan janji Allah di dalam Al-Quran:

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."(Ar-Ra'd 13:28)

      Dan di akhirat nanti ketika semua kekasih lari daripada kekasihnya - semuanya mementingkan diri sendiri - aku, aku; kamu, kamu; namun para kekasih Allah tetap tenang kerana KEKASIH sejati tetap setia disisi. Firman Allah:

"Hari akhirat hari dimana tidak berguna anak pinak dan segala harta kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera."(Asy-Syuara 26: 88-89)

      Hati yang sejahtera itulah hati yang mencintai Allah. Itulah janji Allah, sesungguhnya Allah adalah 'Kecintaan' yang tidak pernah memungkiri janji.

P/S : Selain mencintai manusia, orang yang pertama harus kita cinta adalah Allah, kerana dia adalah penentu segala-galanya. :)